STCA HERBS: Jungle Trekking-Kenali Herba

| 24 June 2012 | 0 comments |

Cerita aktiviti STCAHERBS banyak tak di ‘update’ setahun lepas. Dah selepas setahun selepas itu iaitu tahun ini, saya mengambil sedikit masa untuk update setiap aktiviti STCA HERBS yang di simpan memori bergambar. MEMORIES NEVER GET OLD, THEY KEEP US YOUNG.

05 Mei 2011. Hari kedua kami berada di Pusat Biotek Herba Raub ni. Aktiviti kami pada hari ini di tetapkan ialah ‘Jungle Trekking’!! Aktiviti outdoor yang paling seronok! Lokasi Jungle trekking; Hutan berhampiran Pusat Herba. Jungle Trekking ini di ketuai oleh Abang Wahid dan Abang Zam. Mereka memang dah mahir selok-belok hutan ni dan mempunyai banyak pengetahuan mengenai herba di habitat semulajadi

(Objektif utama Jungle Trekking STCA HERBS: Untuk mengenali pelbagai jenis herba pada habitat semulajadi.).

DSCF4056

Perjalanan Jungle Trekking ini melalui ladang getah penduduk tempatan. Mempunyai beberapa anak sungai yang perlu di tempuhi. Sangat semulajadi. Di sepanjang perjalanan, abang Wahid menunjuk beberapa nama pokok seperti Pokok Gelugor (Asam Gelugor), Pokok Tepus, Pokok Halia Hutan dll.

DSCF4059

Jungle Trekking. Kami perlu melintasi anak sungai yang guna batang kayu sebagai jambatan. Tentulah saya akan melintas anak sungai dahulu untuk mengambil gambar-gambar sebagai memori STCA HERBS ni.

DSCF4081

Dalam Gambar tersebut, Abang Wahid sedang memotong rotan sebagai cenderahati hutan.

Pokok rotan tersebut adalah berduri, jadi kena pegang elok-elok, buangkan kulit luaran yang berduri terlebih dahulu, dan rotan tersebut di ambil bahagian dalamnya. Dalaman rotan tersebut yang di gunakan sebagai perabot rota atau barangan berasaskan rotan. Rotan yang baru sahaja di buang kulitnya masih lembut dan boleh di lentur. Pada masa itu penganyam akan membuat bentuk dikehendaki kemudian dijemur kering supaya rotan tersebut keras.

DSCF4077

Sepanjang perjalanan, kami kadang-kadang berhenti untuk mendengar penerangan daripada Abang Wahid mengenai jenis-jenis herba yang terserempak. Tugasan kami ialah untuk senaraikan nama tempatan herba beserta khasiatnya.

DSCF4073 

Norlida sedang memegang Pokok Kacip Fatimah. Segar dari hutan, habitat semulajadi! Pokok Kacip Fatimah ini akan di ambil untuk di semai di dalam Rumah Hijau Pusat Biotek Herba Raub. Mungkin jika TPM Biotek KL datang mengambil beberapa jenis herba untuk kajian Tisu Kultur mereka.

Antara nama jenis herba lain yang kami di dedahkan; Pokok Pinang Pacat yang anak pokoknya boleh mencapai beberapa ratus ringgit; Pokok Lerek yang daunnya di gunakan untuk membungkus Nasi Buluh; Pokok Keladi Kemoyang, Keladi Murai, Sirih Hutan, Ubi Jaga yang setaraf dengan Tongkat Ali tapi amat sukar di jumpai ubinya, Pokok Tongkat Ali Hitam/Baginda-merupakan Tongkat Ali yang original, sebenar-benarnya Tongkat Ali; Tongkat Ali biasa atau di kenali sebagai Pasak Bumi dan pelbagai lagi.

DSCF4127

Tips Jungle Trekking STCA HERBS:

  1. Elakkan Jungle Trekking waktu lembab/ selepas hujan untuk mengelak Pacat.
  2. Sembur Racun serangga di kaki kemudia selo-tape untuk mengelak pacat.
  3. Pakai stokin yang tebal mengelakkan kaki melecet.
  4. Jangan pakai selipar/ Pakai kasut bertutup.
  5. Rendahkan badan ketika menuruni cerun/bukit.
  6. Jaga tingkah laku, perkataan. Jangan cakap besar.
  7. Ikut nasihat ketua/penunjuk arah.
  8. Jalan berkumpulan. BECAUSE WE ARE TOGETHER.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...