Sudah setahun STCA HERBS bergraduat daripada Pusat Biotek Herba Raub setelah selama 3 bulan yang singkat tapi penuh bermakna. Pada 3hb, 4hb Mei 2011 lepas, para graduan telah memilih untuk mengikuti STCA (Specific Training in Critical Area);dengan kerjasama TPM Biotech telah berkumpul di ibu pejabat, Bukit Jalil untuk orientasi.
Kali ini, STCA HERBS cuba untuk mengimbas kembali sepanjang suka-duka dalam segment STCA HERBS : Setahun lepas..yang mana ada tertinggal takde masa nak update pada tahun lepas sebenarnya.. Since, blog ini pun bermula pada 28 Mei 2011.
Masa 3 mei, hari perkenalan semua peserta STCA untuk di Raub dan di KL, STCA Raub ialah “Herbal Extraction and Processing” manakala STCA KL ialah, “Analytical Lab Instrumentation”, Jadi watak utama dalam Blog STCA HERBS ini ialah peserta STCA Raub (Pusat Biotek Herba Raub!); Iqbal, Nazreen (Yen), Redzuan (Wan), Liza, Siti Haliza (Haliza), Noryanti (Yanti), Khalidah Adibah (Diba), Farhana (Nana), Hafizah (Kak Fizah) dan Norlida (Kak Lida)
3 Mei merupakan hari orientasi, di masa semua peserta di minta memperkenalkan diri, nama program, lulusan dll. Kami semua di bahagikan beberapa kumpulan di mana ada tugasan selepas itu, Dan sudah tentu, oleh kerana aku yan menaip, jadi segala cerita ini adalah berdasarkan persepsi aku yand agak diam-diam ni.
Semua peserta boleh di katakan datang dari segenap penjuru semenanjung, Pantai Barat, Pantai Timur, Utara dan Selatan. Sama macam STCA HERBS kami ni! Selepas dengar ucapan alu-aluan daripad pihak TPM Biotech dan Malaysian BiotechCorp, kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan, dan di kehendaki mencipta satu Nama, Misi, Visi dan Matlamat kami dalam program ini (dan sudah tentu aku dah lupa nama kumpulan aku; Wan, Liza dan Haliza.)
Kemudian kami semua di bawa melihat sekitar TPM Biotech KL, diketuai oleh Encik Noramin, segala peralatan makmal yang canggih. Tugasan kami sepanjang site visit tu ialah untuk tahu carta organisasi dan mendapatkan jawatan, nama dan tandatangan staff di TPM Biotech.
Dan lihat apa aku jumpa dalam makmal Analitikal, Carta Organisasi. di mana kebanyakkan nama staff berada di sini. Senaraikan nama dalam carta organisasi ni dan cari lah mereka!!
“Ada nak tiru carta organisasi aku tak?”hehe… Itulah kepentingan Carta Organisasi untuk sesebuah syarikat. Sebagai penunjuk aras kepada orang luar syarikat. Walaupun tak kenal muka, tapi tahu pada nama.
Tamat untuk hari orientasi 3 Mei 2011.
**************************
Keesokkan harinya 4 Mei, Semua peserta berkumpul di sekitar pejabat pada awal pagi untuk bergerak dengan bas ke Pusat Biotek Herba Raub. (Pada masa ini, aku tak pernah seumur hidup sampai di Raub ni, ntah macam mana rupanya.. Aku dah terbayang yang buruk-buruk dah)
Pagi tu, aku agak awal sampai sana since tumpang kawan aku yang hendak pergi kerja, jadi drop aku situ dengan beg besarnya. Duk sorang-sorang sementara menanti yang lain, nampaknya Nana-chan dah sampai dulu dah. Kemudian datang STCA KL berkumpul, nampaknya diorang memang dah kenal dah. tak macam kekok je. So, datanglah Pn.Shakila bukak pintu office, jadi boleh lah duduk berehat kat dalam tu. Kemudian datang Pn.Fazillah bagi senarai; terutamanya STCA HERBS coz trip ni memang nak hantar kami pun.
Tengok! Sepatutnya 15 orang peserta STCA HERBS ni, ada 2 orang dalam list tu aku kenal, ada yang taknak join coz jauh la, takde kawan la, takde itu, takde ini…alasan….. Jadi, kami 10 orang meneruskan perjuangan dalam STCA HERBS yang PERTAMA!! Dalam list ni, Pn.Fazillah mempertanggungjawabkan aku untuk pastikan semua ada, jadi, ada 8 orang naik bas dan 2 orang naik kereta iaitu Kak Fizah dan Kak Lida. Hari ni, wan datang agak lambat coz public transport. Masa dalam bas, gelabah jap bila Pn.Fazillah mintak pastikan siapa yang takde dombaan ada. Liza dan Haliza pula tunggu di Tol Gombak; jalan jem sangat nak ke Bukit Jalil, tak gitu Liza dan Haliza?? Nasib baik Diba dan Nazreen ada nombor telefon dua orang akaks ni. Boleh untuk confirmkan. Yanti dan wan takde masalah. Kami lambat skit bertolak pun coz tunggu wan jer…hehe
p/s: Liza dan Haliza bukan adik-beradik walaupun nama hampir sama…
Okay! Do what I do best dalam Bas iaitu Tidur! Dan sampai ke Pusat Biotek Herba Raub buat kali pertamanya dalam hidup! Suasananya agak mesra alam, ada nampak bangunan cantik jer iaitu kuarters. Mewahh!
Dah selesai bawa peserta STCA ke seluruh Pusat Biotek Herba ni, yang STCA KL balik ke KL dan STCA Raub terus tinggal di sini. Di sini kami di perlihatkan slide powerpoint oleh Cik Azreen dan di minta memperkenalkan diri lagi sekali, beserta pandangan terhadap Pusat Biotek Herba Raub (PBHR) ni
Dan sampai rumah apartment. Fuyoo! Mewahh siott! Aku memang terbayang yang buruk dah, maybe stay dalam asrama, dorm coz masa sekolah memang dah biasa stay dalam Dorm, Bilik yang kena kongsi, kadang2 takde air.
Jadi bermulalah kisah STCA HERBS di Pusat Biotek Herba Raub ni. Kami bersepuluh menempuh cabaran STCA selama 3 bulan.
Kisah Setahun Lepas STCA HERBS bersambung……..
FAQ: Apa itu STCA
Video Blog Ucapan Selamat Ulangtahun STCA yang pertama.
0 comments:
Post a Comment