Kemunting, Misai Kucing Rawat Barah

| 18 December 2011 | 0 comments |

(Petikan Berita Harian)
EKSTRAK misai kucing mampu halang sel kanser merebak. USM, UniMAP hasilkan ekstrak herba halang sel kanser merebak

Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com .my
2011/12/ 18

KUALA LUMPUR: Penghidap kanser kini tidak perlu lagi bimbang dengan kos rawatan penyakit yang tinggi selepas kajian mendapati tumbuhan misai kucing dan kemunting Cina mampu merawat penyakit berkenaan. Kajian Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM) sejak 2007 mendapati ekstrak dua tumbuhan berkenaan mampu menghalang sel kanser daripada terus merebak, seterusnya menyembuhkan penyakit berkenaan.

Kita akan melihat potensi tumbuhan ini serta maklum balas daripada orang ramai mengenai keberkesanannya selepas kajian selesai dijalankan. - Mahamad Noor Jaafar, Pengarah Unit Pembangunan Agrotekteknologi UniMAP Pengarah Unit Pembangunan Agrotekteknologi UniMAP, Prof Madya Mahamad Noor Jaafar, kajian lanjut mengenainya termasuk keberkesanan ekstrak itu terhadap tahap penyakit kanser sedang giat dijalankan. “Seramai 10 penyelidik USM terbabit dalam penyelidikan yang menelan kos RM1 juta ini pada peringkat makmal serta menghasilkan produk akhir, sementara UniMAP membekalkan sumber misai kucing dan kamunting Cina membabitkan proses penanaman, pengeringan dan pengekstrakan.

“Produk hasil kajian termasuk dalam bentuk kapsul, teh dan minuman dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat dan kita juga akan mendapatkan kelulusan piawaian daripada badan berkaitan,” katanya kepada Berita Minggu. Mahamad Noor berkata, pihaknya akan terus menjalankan kajian mengenai keberkesanan tumbuhan herba dalam menyembuhkan penyakit termasuk tumbuhan yang jarang diteroka khasiatnya.



“Tumbuhan seperti misai kucing, kacip fatimah dan tongkat ali sememangnya dikenali mempunyai khasiat dalam menyembuhkan pelbagai penyakit, namun kamunting Cina tidak begitu popular di negara ini. “Kita akan melihat potensi tumbuhan ini serta maklum balas daripada orang ramai mengenai keberkesanannya selepas kajian selesai dijalankan,” katanya.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Keratan Akhbar (The Sun) : Antioksida Herba Lebih Baik dari Vitamin

| 03 December 2011 | 0 comments |
Sumber : http://www.rainforestherbs.com/

flyy to KOREA....weeeeheeeeeeee~~~~

| 20 September 2011 | 0 comments |
a new journey to begin....
well..spt semua sdia maklum..esok ak akn b'lps ke korea....
yeeee..mcm xcayee jee...xpnh t'pk pun akn ke oversea dlm ms t'dekat ni huhu....
yg lg bestnyer..abes je stca tros dpt offer ke luar negara
wlupn 2bln je tp ad byk bnde blh blaja...
new environment..new culture...new people
everything is new....
thanks to biotechcorp menydiakn peluang sbegini...

E-Card Aidilfitri dari Alumni STCA HERBS

| 27 August 2011 | 0 comments |
Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,

Kami, Alumni Specific Training in Critical Area (STCA); Herbal Plant Extraction & Production (2011),
Pusat Bioteknologi Herba, TPM Biotech Sdn. Bhd, Raub, Pahang ingin menyusun sepuluh jari
memohon maaf zahir dan batin jika terdapat salah silap di dalam sedar atau tanpa sedar.
Selamat Menyambut Aidilfitri 2011 (1432 H) kepada semua umat Islam.
Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna kepada anda semua.

Daripada STCA HERBS Raub:
Muhammad Iqbal, Mohd Redzuan, Liza, Norlida, Khalidah Adibah, Siti Haliza, 
Nur Hafizah, Nur Farhana, Noryanti dan Nazreen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...