pembetulan fakta

| 31 May 2011 | 1 comments |

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Berkenaan artikel sebelum ni iaitu bertajuk TPM Raub MenjadiPilihan
Ada beberapa pembetulan sedikit yang perlu ak nyatakan…

Mengenai perkara mengisar herba…
Ada produk yang terus menggunakan hasil kisaran…
Ini dibolehkan selagi herba itu bukan AKAR KAYU…
Jika herba itu dari kategori yang lain contohnya bunga (bunga raya), buah, tuber (ubi jaga) dan lain2…
Hasil kisaran boleh digunakan terus…
Kerana ada produk kapsul yang bahan dalamnya adalah hasil kisaran…
Cuma herba akar kayu seperti tongkat ali yang dilarang sama sekali untuk diminum hasil kisaran itu…



Mengenai ISO 17025…
TPM Raub tiada lagi pengiktirafan untuk sijil ini…
Hanya 2 makmal di TPM Bukit Jalil yang telah mendapat pengiktirafan ini…
Kerana TPM Raub lebih kepada GMP kerana berkaitan pemprosesan…



Maaf kerana baru menyedari kesilapan ini…
Jika ada lagi kekeliruan dan kesalahan mengenai artikel dan fakta…
Sila utarakan pandangan anda…

Sekian…
Jumpa lagi

TPM Raub menjadi pilihan

| 30 May 2011 | 0 comments |
assalamualaikum dan salam sejahtera…
selama ni ak x pernah minum kopi2 atau minuman herba…
maksud ak macam kopi tongkat ali… ginseng… dan yang sewaktu dengannya…
sebab ak x percaya yang diorang akan bubuh herba yang sebenar…
ye la… herba2 macam tu kan susah nak dapat tapi macam mana diorang dapat jual dalam kuantiti yang banyak….



Dulu ak fikir diorang guna herba sintetik ataupun bahan kimia…
Yang mana kita tahu sangat bahaya…
ahli keluarga ak pernah juga kata…
Kalau diorang guna herba betul pun…
Kalau diorang kisar herba tu…
Herba tu akan efek perut kita sebab kita x da enzim yang dapat leraikan akar kayu…
satu2nya makhluk yang boleh leraikan kayu adalah keluarga anai2 (dan sesetengah mikrob)...
sebab tu tok nenek kita rebus jer... proses rebusan ini dinamakan proses extraction dalam industri...
Dan selama ni la ak x percaya dan x minum minuman akar kayu atau herba…



Tapi bak kata tikus dalam cerita ratatatouile…
“change is nature”…
Ak mula minum benda2 macam ni… sebab…
Selepas ak didedahkan dalam industri ni…
Ak dapat tahu yang memang diorang letak akar kayu tu…
Tapi bilangan yang amat sedikit la… kerana kuantiti yang banyak akan menyebabkan rasa minuman itu x sedap dan takut terlebih dose...
dan diorang bukan kisar bahan mentah tu, ada proses kisar untuk mengecilkan bahan mentah tetapi hasil kisaran tidak digunakan terus…
ada lagi proses selanjutnya...
iaitu proses yang dinamakan extraction…
Diorang akan extract active compound… contoh active kompound bagi tongkat ali adalah eurycomanone...
tetapi... ni adalah proses yang sepatutnya dilakukan oleh syarikat2 yang terlibat...
dan kita perlu terima hakikat bahawa ada syarikat yang amat mementingkan keuntungan semata dan tidak menghiraukan kesihatan pengguna...

antara produk yang dijamin selamat adalah produk yang dihasilkan di...
Technology Park Malaysia (TPM) Raub…
kerana organisasi ini mengikut spesifikasi yang ketat…
TPM Raub telah dianugerahkan dan mempunyai sijil GMP (Good Manufacturing Practices), HACCP (Hazard Analysis of Critical Control Point), ISO 9001:2008, ISO 17025, Halal...
setiap sijil mempunyai kelebihan tersendiri dan sijil2 ini diiktiraf sehingga peringkat antarabangsa...

contohnya HACCP...
HACCP sangat kritikal dalam bidang pemakanan dan sistem ini diasaskan oleh pihak NASA...
dan kebanyakan syarikat makanan besar mengamalkan sistem ini bagi memastikan produs mereka selamat...

GMP pula sistem yang menekankan penjagaan dari awal proses supaya produk akhir menjadi berkualiti...
sistem ini wajib diamalkan dalam industri farmaseutikal...

HALAL dari JAKIM bagi memastikan produk2 dari TPM Raub boleh dimakan oleh umat islam...

ISO 9001 lebih kepada sistem pentadbiran dan ISO 17025 lebih kepada sistem teknikal...

jadi... dengan pelbagai sistem ini... produk2 dari TPM Raub adalah sangat berkualiti dan sangat boleh dipercayai...
dan setelah menjadi pelajar (trainee) di sini...
telah merubah ak dari seorang yang lansung x kan minum kopi/minuman herba...
kepada seorang yang sangat suka kepada minuman ini...
herba adalah khazanah kita... jika kita tidak memajukan dan menggunakannya...
siapa lagi???

cuma sebagai pengguna yang bijak...
pilihlah produk2 yang berkualiti

Ok la… jumpa lagi…
 
(disalin dan diubahsuai dari blog 'N@2re3n- Manifestasi Hidupku : Minuman Herba atau Akar Kayu')

Sekitar TPM Raub (Images)

| | 0 comments |
Kat pintu masuk

Pemandangan waktu senja dari jendela


cantiknyeee....:)

mcm kat restoren terapung

tepi sungai..(ala2 jeti)

apartment mewah tpm


lenkali ak upload lg...............korang cepat la aktif n start posting!!!!!
(sokong usaha ixball:)))

Pengenalan : TPM Biotech (Pusat Bioteknologi Herba)

| | 0 comments |

Pusat Biotek Herba,Technology Park Malaysia mula dibina pada tahun 2004 di bawah RMK-8 dengan kos pembangunan jumlah RM 28 juta. Pusat Biotek Herba,Raub yang berkonsepkan bumi hijau ini mula beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun 2006.Sehingga kini jumlah tenaga pekerja professional adalah seramai 42 orang.Pusat ini diuruskan oleh TPM Biotech Sdn.Bhd iaitu anak syarikat Technology Park Malaysia Corporation Sdn.Bhd ,sebuah milik kerajaan di bawah seliaan Kementerian Sains ,Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Pusat Biotek Herba Raub,Technology Park Malaysia ini dibina bagi membantu usahawan tempatan dalam bidang biotek herba dan nutraseutikal bagi menghasilkan produk yang bertaraf dunia.Selain itu ,Pusat Biotek Herba Raub turut menyediakan perkhidmatan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi tujuan pengkomersialan.Pusat ini juga turut menyediakan prasarana pemprosesan herba bertaraf GMP (Amalan Pengilangan Baik) bagi pengusaha tempatan penyelidik.Pusat Biotek Herba Raub, kini menjadi pilihan utama bagi pengeluaran produk kesihatan dan nutraseutikal berasaskan herba yang bernilai tinggi dengan menepati piawaian antarabangsa.           [Sumber : Blog TPM Biotech RAUB]

Bioskill (STCA-Specific Training in Critical Areas) Program yang di jalankan di Pusat Biotek Herba Raub dalam pengkhususan "Herbal Plant Extraction and Production" ini merupakan kali pertama dan mempunyai 10 orang Peserta Terpilih untuk mejalani latihan intensif selama 3 bulan.

Pengenalan : STCA by Malaysian BiotechCorp

| 28 May 2011 | 0 comments |
Bioskill 2011 Specific Training in Critical Area (STCA) merupakan Program Latihan Intensif sepenuh masa selama 3 Bulan untuk Graduan BeST (Biotechnology Entrepreneurship Special Training) yang menghabiskan Latihan 6 Bulan di Pusat masing-masing seluruh Malaysia.
Biotechnology Skilled Training Programme (Bioskill STCA) di uruskan oleh Malaysia Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. Program lanjutan BeST yang di tawarkan dalam STCA adalah :
  1. Bio Processing
  2. Analytical Lab Instrumentation
  3. Plant Tissue Culture
  4. Herbal Plant Extraction and Production
Kriteria dan Keperluan untuk kemasukkan Bioskill STCA :
  • Telah tamat 6 Bulan Program BeST
  • Mempunyai Ijazah di dalam Sains Biologi, Bioteknologi, Kejuruteraan Kimia dan Life Sciences.
Elaun bulanan sebanyak RM1,000 di beri sepanjang tempoh latihan dan tiada yuran di kenakan penyertaan Bioskill ini.
Nota : Tempat tinggal bergantung kepada tempat latihan. Bagi pelatih “Herbal Plant Extraction and Production” di TPM Biotech Snd. Bhd., tempat tinggal selesa di sediakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...