Welcoming STCA Tissue Culture (Go-go Jungle Trekking)

| 24 July 2011 | 0 comments |
 20 Julai 2011
Hari tarikh ni kami, STCA HERBS di khabarkan bahawan rakan STCA Tissue Culture yang berpusat di TPM Biotech Bukit Jalil datang ke Pusat Biotek Herba TPM Biotech Raub ni. Diorang nak ber'Jungle Trekking' kata pegawai sini, al-maklumlah pada minggu pertama orientasi STCA HERBS, kami semua sudah di bawa Jungle Trekking (Perkenalan Habitat Semulajadi Herba) di hutan TPM Biotech ni.
Team STCA Tissue Culture dan Team STCA HERBS (Berbaju biru-kelabu)

Biasalah apabila STCA HERBS berjumpa dengan rakan STCA lain, semua agak TERUJA! Berkongsi cerita! Bebudak STCA HERBS ni siap-siap hantar mereka nak gi Jungle Trekking ni~
 Bebudak STCA Tissue Culture mendengar penerangan daripada En.Hassan sebelum Jungle Trekking.

Jadi, sementara bebudak STCA Tissue Culture pergi ber'Jungle Trekking' sambil mengumpul beberapa jenis pokok herba untuk mereka menjalankan experimen Tissue Culture kot, kami bebudak STCA HERBS berada di dalam classroom untuk belajar secara basic berkenaaan 'Tissue Culture'!  
Suasana pembelajaran topik 'Tissue Culture' di dalam kelas amat 'meriah' dengan pelbagai persoalan di ajukan kepada Trainer Tissue Culture ni.
Selepas jer rehat tengahari, kemudian sambung kelas skit, Bebudak STCA Tissue Culture dah berjaya dengan selamat dari Jungle Trekking dan mengumpul pelbagai jenis pokok herba untuk di bawa ke TPM Bukit Jalil. STCA Tissue Culture mula berangkat pulang menaiki bas TPM.

Nota : Masih banyak yang ingin di ceritakan di dalam Blog STCA HERBS ni sebagai tatapan pembaca! Pelbagai aktiviti kami adakan!

Tagline STCA HERBS :
KERANA KITA BERSAMA
BECAUSE WE ARE TOGETHER
因为我们在一起 (Yīnwèi wǒmen zài yīqǐ)

BeST Garden Graduation di Sheraton Imperial Hotel, KL (STCA)

| 20 July 2011 | 2 comments |
Kelmarin (18/07/2011) telah berlangsung BeST Garden Graduation bertempat di Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur. BeST (Biotechnology Entrepreneurship Special Training) merupakan program graduan kelolaan Malaysia BiotechCorp. BeST Garden
 Sebelum majlis bermula, semua hadirin di sajikan dengan sarapan dulu, yogurt, roti croissant, coffee, orange juice dan beberapa menu lagi. Selepas semua VIP, Tetamu hadir, barulah MC (Master of Ceremony) memulakan majlis, Ucapan VIP, wakil BeST dan Wakil BiotechCorp. Barulah bermula Sidang 1 penyerahan sijil kepada 80 orang Graduan BeST dari 3 Centers.
BiotechCorp Members
Selepas habis Sidang 1, satu detik membanggakan Wakil STCA (Specific Training in Critical Area) di Pusat Bioteknologi Herba TPM Biotech apabila hasil kerjasama pembikinan Video Montage STCA Pioneer STCA HERBS di tayangkan di dalam dewan di saksikan oleh VVIP, VIP dan semua hadirin di dalam dewan tersebut!!
STCA HERBS Gentlemen
 Wakil STCA HERBS yang hadir di BeST Garden Graduation ialah Iqbal, Nazreen, Adibah dan Farhana.

Di sambung kembali Sidang 2 penyerahan sijil kepada 86 Graduan BeST dari 3 Centers termasuk TESDEC Batch 3 dan 4. Sesudah selesai, aktiviti santai BioRunway; Pertunjukkan Fesyen dari Student UiTM Perak bermotifkan 'Bioteknologi'.
Sesi Soal-jawab BioCareer (Soalan dari STCA HERBS, Nazreen)
STCA HERBS -Farhana

 Majlis berehat seketika dengan makan tengahari 'Buffet' sebelum Ceramah BioCareer yang di sampaikan oleh Professor Warga Mesir dari UTM, Prof.Hesham.
STCA HERBS mula beredar selepas Tea Break untuk berangkat ke Pusat Biotek Herba TPM Biotech Raub.

Berkenalan Dengan STCA HERBS TRAINEES

| 11 July 2011 | 3 comments |
Sesi berkenalan dengan Pelatih Bioskill STCA (Specific Training on Critical Area) yang di tempatkan di Pusat Bioteknologi Herba, TPM Biotech Sdn.Bhd. Raub, Pahang. Post sebelum ni dah terangkan serba-sedikit tentang Bioskill STCA Program dan Pusat Bioteknologi Herba TPM Raub ni. Jadi kali ini berkenalan dengan Pelatih STCA seramai 10 orang ni yang dari pelbagai tempat, Kursus Ijazah, Umur, BeST Batch dan perangai yang menarik!


..::Khalidah Adibah Abdullah Sani::..B.Sc. (Hons.) Chemical Engineering  (UTP)::.. Asal Johor::..Umur 23 Tahun::..Panggilan : Diba::..

..::Nur Hafizah Mansor::..B.Sc. (Hons.) Biotechnology (UMS)::..Asal Kelantan::..Umur xx Tahun::..Panggilan : Kak Fizah atau Fizah::..

..::Siti Haliza Hatnum::..B.Sc. Industrial Biotechnology (Hons.) (UNISEL)::..Asal Selangor::..Umur 24 Tahun::.. Panggilan : Haliza::..

..::Muhammad Iqbal Abdullah::..B.Sc. Marine Biology (Hons.) (UMT)::..Asal Terengganu::..Umur 24 Tahun::..Panggilan : Iqbal::..


..::Norlida Mohd Noor::..B.Sc. Biology (Hons.) (UiTM)::..Asal Kelantan::..Umur xx Tahun::.. Panggilan : Kak Lida atau Lida::..


..::Liza Sudarto::..B.Sc. BioMedicine (Hons.) (MSU)::..Asal Selangor::..Umur 24 Tahun::..Panggilan : Liza::..


..::Nur Farhana Rahman::..B.Sc. Biotechnology (UPM)::..Asal Johor::..Umur 23 Tahun::..Panggilan : Nana::..


..::Mohd Redzuan Adam::..B.Sc.(Hons.) Biology (UPM)::..Asal Melaka::..Umur xx Tahun::..Panggilan : Wan::..


..::Noryanti Baharom::..B.Sc. BioInformatics (Hons.) (UNISEL)::..Asal Kedah::..Umur 25 Tahun::..Panggilan : Yanti::..


..::Nazreen Abdul Latiff @ Yaakob::..B.Sc. (Hons.) Science Biology (UTM)::..Asal Pahang::..Umur 23 Tahun::..Panggilan : Yen::..


Jadi itulah sedikit perkenalan Pelatih Bioskill STCA di Pusat Bioteknologi Herba TPM Raub.

STCA HERBS, GMP dan HACCP.

| 07 July 2011 | 0 comments |
28-30 June 2011.
Pada minggu ini STCA HERBS di dedahkan dengan latihan Good Manufacturing Practices (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) di Pusat Bioteknologi Herba, TPM Biotech Raub, Pahang.
GMP di sini lebih kepada tempat pemprosesan kapsul herba untuk kegunaan kesihatan secara tradisionalnya (Oleh kerana tiada kajian saintifik bagi herba tersebut untuk di jadikan testimonial kukuh.)
Di kawasan GMP memerlukan penjagaan dan pengendalian menurut kriteria-kriteria yang di tentukan, Contohnya, untuk memasuki kawasan GMP diperlukan untuk memakai 'gowning' iaitu bagi lelaki kena pakai penutup kepala, sarung tangan getah, face-mask, pakaian khas dan penutup kaki/kasut yang disediakan.
Bagi mendedahkan diri kepada GMP, Pelatih STCA HERBS kali ini terlibat dengan cara pembungkusan dan pengendalian mesin printing dan packaging. Produk yang STCA HERBS bantu ialah Produk 'GANU KITER', Raza BioHerbs Enterprise, Jertih, Terengganu iaitu Kapsul TefH 5 yang mengandungi 5 herba yang berkualiti seperti Tongkat Ali, Herba Haji Samad, Ubi Jaga.

HACCP mula di perkenalkan oleh NASA untuk makanan para angkasawan kemudian di adaptasi oleh seluruh dunia.
Bagi HACCP pula STCA HERBS di dedahkan dengan cara pemprosesan 'Instant Drink' bermula dari campuran bahan, bagaimana proses pembungkusan berlaku dan seterusnya menyusun untuk di masukkan ke dalam kotak. Produk di Kawasan HACCP ialah Kopi Bara, mengandungi herba Tongkat Ali, Mahkota Dewa dan TemuLawak. 

Jadi STCA HERBS di Pusat Bioteknologi Herba TPM Biotech Raub amat bertuah sekali kerana di dedahkan secara Teori dan sesetengahnya Praktikal bagi ISO, GMP dan HACCP. Harga untuk setiap Kursus di alam sebenar agak mahal kerana memerlukan Consultant dan Pakar berkaitan.

Nota : Jika lihat pada Produk di pasaran,  di samping lihat tanda HALAL, cuba lihat Logo GMP / HACCP / ISO , bermakna Produk itu boleh di yakini la... Jika ada semua LOGO, Produk tersebut boleh di kagumi la...

Lagu Tema STCA HERBS : Nidji - Arti Sahabat

| 02 July 2011 | 0 comments |
"Montage (English pronunciation: /mɒnˈtɑːʒ/) is a technique in film editing in which a series of short shots are edited into a sequence to condense space, time, and information" -Wikipedia-
Satu awal pagi sekitar ± Jam 1:00 pagi sesambil meng'edit' Video Montage untuk STCA HERBS TPM BIOTECH RAUB (PUSAT BIOTEK HERBA) dan sedang mencari lagu Video Montage ni, aku terjumpa satu lagu via Youtube bertajuk "Nidji - Arti Sahabat". Aku terus tertarik dengan lirik dan Irama lagu tersebut (terasa macam di takdirkan lak ;-P )

Persembahkan Lagu Tema STCA HERBS oleh NIDJI - ARTI SAHABAT

Tak mudah untuk kita
Hadapi perbedaan yang berarti
Tak mudah untuk kita
Lewati rintangan silih berganti

[C/o]
Kau masih berdiri
Kita masih di sini
Tunjukkan pada dunia
Arti sahabat
Kau teman sehati
Kita teman sejati
Hadapilah dunia
Genggam tanganku

Tak mudah untuk kita
Sadari saling mendengarkan hati
Tak mudah untuk kita
Pahami berbagi rasa di hati

[C/o]
Kau masih berdiri
Kita masih di sini
Tunjukkan pada dunia
Arti sahabat
Kau teman sehati
Kita teman sejati
Hadapilah dunia
Genggam tanganku

Kau adalah
Tempat ku membagi kisahku
Kau sempurna
Jadi bagian hidupku
Apapun kekuranganmu

[C/o]

p/s: Lagu lama (2008) tapi baru jumpa..

Editing berhenti sekejap ± Jam 4:00 pagi dan bersambung next ± Jam 8:30 pagi dan SIAP!! Satu hasil yang agak berpuas hati. 
Video Montage STCA HERBS (ver. TPM & BiotechCorp). DONE!
Next : Video Testimonial STCA HERBS (ver. TPM & BiotechCorp). DONE!
 Untuk Public Publish kena edit lain lak.

Quote : 'Maklumat di hujung jari', Tapi jika kita tidak masukkan 'maklumat' dalam internet, bagaimana jari-jari mereka pengguna internet dapat mencari 'Maklumat' itu?? Harap usaha ini dapat memberikan "Maklumat" kepada semua. Tunjukkan pada Dunia!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...