STCA HERBS: 5 Bulan Berlalu

| 13 January 2012 | 0 comments |
Pejam-celik-pejam-celik sudah lebih 5 bulan sejak kesepuluh pesertar program Specific Training in Critical Area (Herbal Plant Extraction and Production) menamatkan program itu. Kebanyakkan peserta sudah mendapat pekerjaan. Ada yang menyambungkan pelajaran ke negara luar. Ada juga yang masih berusaha mencari pekerjaan yang sesuai. Namun, admin mengharapkan kesemua peserta STCA HERBS mendapat pekerjaan yang dapat memberikan pengalaman sesuai.

Terdapat juga berita baik daripada STCA HERBS di mana 3 orang (Termasuk penulis) daripada 10 peserta bertuah untuk menjadi salah seorang daripada Staff di tempat praktikal semasa program itu dijalankan iaitu Pusat Biotek Herba, TPM Biotech Sdn. Bhd. Tahniah bagi mereka yang terpilih! Semoga mereka (Kami) menjadi staff untuk jangka masa panjang di samping memperolehi pengalaman dunia pekerjaan yang sebenar.

Seorang daripada peserta STCA HERBS juga melanjutkan pengajian beliau di Korea. Semoga dia berjaya membawa pulang bersama kejayaan pelajarannya.

Belum dengar cerita lagi kawan STCA HERBS kami yang kini berusaha untuk menjadi seorang Usahawan! Selamat berjaya! Semoga perniagaannya berjaya dan dapat dikembangkan.

Oh! Pernah dengar Halal Development Center (HDC)? Seorang kawan STCA HERBS kami menjadi salah seorang staff di sana. Walaupun masih dalam pemerhatian, semoga dia mendapat menjadi seorang staff HDC untuk jangka masa panjang nanti.

Kami masih belum mendapat info detail mengenai 3 orang kawan STCA HERBS kami mengenai pekerjaan mereka. Salah seorangnya baru sahaja menamatkan program lanjutan Biotech Corp selama 2 bulan di Korea. Apa-apa pun, selamat maju jaya, sentiasa berhubung dan lakukan yang terbaik untuk syarikat serta diri sendiri.

Untuk kawan STCA HERBS kami yang masih mengintai peluang pekerjaan yang sesuai, selamat maju jaya, sentiasa bersabar dan sentiasa mempertingkatkan diri dalam pelbagai temuduga yang pernah di hadiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...