mengimbau kenangan hari pertama dan kedua semasa program STCA

| 04 August 2011 | |

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Pada 2hb ogos 2011 bersamaan 2 ramadhan 1432H… berakhirlah sudah pengajian trainee STCA Herbal Extraction Plant and Production di Pusat Biotek Herba, Raub…

Banyak yang telah kami pelajari bukan sahaja mengenai pemprosesan herba ke produk yang dah siap…
Tapi merangkumi segala aspek ilmu berkaitan kehidupan seharian seperti kemahiran berkomuniti seperti rewang, tahlil, kenduri kahwin, jamuan dan sebagainya…

Kami juga didedahkan perbincangan ala2 usrah dan berkongsi2 buku dan akhbar yang berunsurkan islamik…
Dan pelbagai kemahiran yang tiada dalam modul latihan tapi didedahkan dan kemahiran ini akan membantu dalam menghadapi masa depan kami…

Hurm… bila dah habis ni… ak teringat masa kali pertama dapat jemputan untuk ke STCA ni…
Ingat lagi orang yang telefon ak adalah Ain Shamsudin dari Biotechcorp yang mengatakan ak dapat ke TPM (Technology Park Malaysia), Raub… ak ingat lagi masa tu ak tengah praktis buat force feed pada tikus2 Sprauge Dowley ak untuk toxicology test…

Bila dengar RAUB… terus ak pikir… “malas la nak pergi… boleh hidup ke kat sana??? Ak mintak dekat CEPP, UTM tapi x dapat… baik ak stay dekat IMR… lagi best”… itulah monolog dalaman ak… dan ak terus lupakan pasal STCA…

tapi lepas beberapa istikharah yang ak buat sebab ada perasaan dilemma… hati ak lebih ke arah TPM (Technology Park Malaysia), Raub dan mungkin ak dah ditakdirkan ke sana… tapi hati ni berat nak meninggalkan IMR… sebelum ke TPM Bukit Jalil (3 Mei) dan ke TPM Raub (4 Mei), ak singgah dulu ke IMR…

Masa mula2 sampai ke TPM Bukit Jalil… memang sesat la… ak pusing2 sampai bangunan mekanikal dan cafeteria TPM… nasib baik pengawal keselamatan menunjukkan jalan yang benar dan ak sesat lagi bila tiba ti bangunan yang benar… 

Ak SMS nana dan dia kata tingkat bawah tapi tingkat bawah tu banyak makmal… jadi, ak guna instinct yang dah lama x diguna… ak nampak ada sorang staff masuk tandas dan ak rasa staff tu ada kena mengena dengan program ak… ak tunggu depan tandas dan bila dia keluar terus ak tanya (nasib baik ak x tnya dalam tandas kan) … “tempat untuk STCA program kat mana ek???” dan betul la, dia terlibat dengan program ak ni… nama dia kalau x silap… En Afif…

tikus yang ak kena jaga

time ak jaga tikus ni la si Ain tu tepon ak suh join STCA...


Dengan perut yang lapar dan kaki yang penat, ak harap program x mula lagi sebab ak nak cari makanan… dan bila ak sampai, aiseymen… dah ada orang bercakap…

Sebenarnya ak nak buat 1st impression yang baik tapi dah la datang lambat… lepas tu kalut nak cari tempat duduk… 2-3 kali pusing dekat meja bulat tu sebab ingat xda kerusi… akhirnya ak duduk dekat kerusi yang biasanya CEO/Pengarah duduk kalau ada mesyuarat. 

dekat anak panah merah tu la ak duduk... tapi ni gambar hiasan jek... ambik dr pakcik google...


Ak pun terkebil2 duduk dekat situ… nak berkenalan rasanya macam x sesuai tapi Alhamdulillah… ada lagi budak yang lagi lambat dari ak… xda la ak sorang2 je lambat, ada gang la… dan diorang merupakan kawan pertama ak dalam program ni… (Nana dan Wan ak dah kenal masa program BeST)…

ni la Liza...

ni lak Haliza...



gambar ak dan wan serta budak2 len mse BeST... gmbar nanamasa BeST xda la plak...

Dan budak yang lambat tu adalah Liza dan Siti Haliza… kali pertama tengok… rasanya lagi muda dari ak… ak pun cari idea nak borak apa… hurm… pe kata… ak x ingat sangat tapi berkaitan dengan komputer depan kitorang la… dan akhirnya kitorang pun berkenalan dan rupa2nya… diorang adalah kakak ak (lagi tua dari ak) dan kebetulannya… diorang adalah kawan salah seorang boss ak dekat IMR, Fawwaz…

Selepas sesi ta’aruf bersama semua semua trainee STCA Bukit Jalil dan Raub… kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kumpulan ak adalah Nazreen, Norlida dan Nor Hafizah dan nama kumpulan kami adalah Triple N… 

Triple N atau NNN... berbincang mengenai Visi dan Misi kami... Alhamdulillah, 90% tercapai dari kiri. Norlida, Nazreen, Nor Hafizah



Tugas kami adalah mengumpul sebanyak mungkin tandatangan dari semua staff TPM Bukut Jalil dan TPM Raub… kami juga kena cipta logo, misi dan visi… minggu terakhir ak ada bincang dengan ahli kumpulan ak… tercapai ke Misi dan Visi kita… Alhamdulillah… 90% tercapai…

Ak kenal Iqbal sebab ak rasa macam nak kenal dia… hurm… nasib baik dia dah kenal wan… senang la ak nak berkenalan… ak pergi la dekat dia dan hulur tangan sebab nak salam dan kata “Assalamualaikun, saya Nazreen”… tapi 2-3 minit ak dalam keadaan camtu dia x balas pun salam ak… ak x taw nak tunggu atau nak tarik… wan dah terkekek gelak… dia x perasan kot tapi akhirnya dia sambut salam ak…

Iqbal dengan kek harijadinya...


Masa dekat TPM Raub ak ada perasan sorang minah ni… ak rasa dia trainee macam ak tapi dia macam rapat dengan Qabrini (orang biotechcorp)… lepas tu dengar dia cerita pasal Korea2… mungkin orang biotechcorp gak tapi kenapa dia duduk dikalangan Trainee STCA (meja bulat)… 

Ak kenal dia betul2 masa hari ke-2… masa nak bertolak ke Raub… nama dia Adibah… ak ingat dia sebab dia bawa roti yang dah penyet… masa tu ak psiko dah… ak x bawa makanan lansung… kebulur la ak kat Raub nanti… 

yanti bergajah kuning dan dibah bergajah merah


Dibah pun satu… sebelum sampai ke TPM Raub… kami bincang macam mana la kehidupan kami… kedai macam jauh… mesin ATM xda (dalam dompet ak masa ni ada rm20 jek)… dobi lagi macam mana (ni dibah kot yang cakap), kedai runcit dan macam2 lagi…

Ak kenal Noryanti agak lambat dan 1st impression ak terhadap dia… budak ni banyak cakap kot… leh ajak dia berdebat nih…

Dan kami (Nazreen, Nana, Wan, Liza, Haliza, Lida, Fizah,Iqbal, Dibah dan Yanti) akhirnya ditinggalkan di Raub dan akan menempuh hidup kami di sini selama 3 bulan…

dari kiri: Iqbal, Wan, Liza, Lida, DIbah, Haliza, Fizah, Nana, Yanti dan Nazreen

 

3 comments:

serimelor88 Says:
August 4, 2011 at 8:12 PM

sedihnnyer yen...huwaaa...

serimelor88 Says:
August 4, 2011 at 8:13 PM

sebak rase m'ingt balik ms 1st day kat tpm huhu

Nazreen B Abd Latif @ Yaacob Says:
August 5, 2011 at 11:12 AM

tu la sai... tapi agak lawak gk la bila ingt 1st day n 2nd day kan... dgn berhujan lagi nyer... dtg lambat... sesat... muka blur2... dgn risau cmner khidupan kita dkat raub... nak2 bila dari kedai yg kte brenti tu n nak masuk ke tpm... gle horor... kedai x taw kt ner... hutan keliling pinggang... hahaha... tapi last2... sedih nk tinggalkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...