TPM Raub menjadi pilihan

| 30 May 2011 | |
assalamualaikum dan salam sejahtera…
selama ni ak x pernah minum kopi2 atau minuman herba…
maksud ak macam kopi tongkat ali… ginseng… dan yang sewaktu dengannya…
sebab ak x percaya yang diorang akan bubuh herba yang sebenar…
ye la… herba2 macam tu kan susah nak dapat tapi macam mana diorang dapat jual dalam kuantiti yang banyak….



Dulu ak fikir diorang guna herba sintetik ataupun bahan kimia…
Yang mana kita tahu sangat bahaya…
ahli keluarga ak pernah juga kata…
Kalau diorang guna herba betul pun…
Kalau diorang kisar herba tu…
Herba tu akan efek perut kita sebab kita x da enzim yang dapat leraikan akar kayu…
satu2nya makhluk yang boleh leraikan kayu adalah keluarga anai2 (dan sesetengah mikrob)...
sebab tu tok nenek kita rebus jer... proses rebusan ini dinamakan proses extraction dalam industri...
Dan selama ni la ak x percaya dan x minum minuman akar kayu atau herba…



Tapi bak kata tikus dalam cerita ratatatouile…
“change is nature”…
Ak mula minum benda2 macam ni… sebab…
Selepas ak didedahkan dalam industri ni…
Ak dapat tahu yang memang diorang letak akar kayu tu…
Tapi bilangan yang amat sedikit la… kerana kuantiti yang banyak akan menyebabkan rasa minuman itu x sedap dan takut terlebih dose...
dan diorang bukan kisar bahan mentah tu, ada proses kisar untuk mengecilkan bahan mentah tetapi hasil kisaran tidak digunakan terus…
ada lagi proses selanjutnya...
iaitu proses yang dinamakan extraction…
Diorang akan extract active compound… contoh active kompound bagi tongkat ali adalah eurycomanone...
tetapi... ni adalah proses yang sepatutnya dilakukan oleh syarikat2 yang terlibat...
dan kita perlu terima hakikat bahawa ada syarikat yang amat mementingkan keuntungan semata dan tidak menghiraukan kesihatan pengguna...

antara produk yang dijamin selamat adalah produk yang dihasilkan di...
Technology Park Malaysia (TPM) Raub…
kerana organisasi ini mengikut spesifikasi yang ketat…
TPM Raub telah dianugerahkan dan mempunyai sijil GMP (Good Manufacturing Practices), HACCP (Hazard Analysis of Critical Control Point), ISO 9001:2008, ISO 17025, Halal...
setiap sijil mempunyai kelebihan tersendiri dan sijil2 ini diiktiraf sehingga peringkat antarabangsa...

contohnya HACCP...
HACCP sangat kritikal dalam bidang pemakanan dan sistem ini diasaskan oleh pihak NASA...
dan kebanyakan syarikat makanan besar mengamalkan sistem ini bagi memastikan produs mereka selamat...

GMP pula sistem yang menekankan penjagaan dari awal proses supaya produk akhir menjadi berkualiti...
sistem ini wajib diamalkan dalam industri farmaseutikal...

HALAL dari JAKIM bagi memastikan produk2 dari TPM Raub boleh dimakan oleh umat islam...

ISO 9001 lebih kepada sistem pentadbiran dan ISO 17025 lebih kepada sistem teknikal...

jadi... dengan pelbagai sistem ini... produk2 dari TPM Raub adalah sangat berkualiti dan sangat boleh dipercayai...
dan setelah menjadi pelajar (trainee) di sini...
telah merubah ak dari seorang yang lansung x kan minum kopi/minuman herba...
kepada seorang yang sangat suka kepada minuman ini...
herba adalah khazanah kita... jika kita tidak memajukan dan menggunakannya...
siapa lagi???

cuma sebagai pengguna yang bijak...
pilihlah produk2 yang berkualiti

Ok la… jumpa lagi…
 
(disalin dan diubahsuai dari blog 'N@2re3n- Manifestasi Hidupku : Minuman Herba atau Akar Kayu')

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...