Pengenalan : TPM Biotech (Pusat Bioteknologi Herba)

| 30 May 2011 | |

Pusat Biotek Herba,Technology Park Malaysia mula dibina pada tahun 2004 di bawah RMK-8 dengan kos pembangunan jumlah RM 28 juta. Pusat Biotek Herba,Raub yang berkonsepkan bumi hijau ini mula beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun 2006.Sehingga kini jumlah tenaga pekerja professional adalah seramai 42 orang.Pusat ini diuruskan oleh TPM Biotech Sdn.Bhd iaitu anak syarikat Technology Park Malaysia Corporation Sdn.Bhd ,sebuah milik kerajaan di bawah seliaan Kementerian Sains ,Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Pusat Biotek Herba Raub,Technology Park Malaysia ini dibina bagi membantu usahawan tempatan dalam bidang biotek herba dan nutraseutikal bagi menghasilkan produk yang bertaraf dunia.Selain itu ,Pusat Biotek Herba Raub turut menyediakan perkhidmatan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi tujuan pengkomersialan.Pusat ini juga turut menyediakan prasarana pemprosesan herba bertaraf GMP (Amalan Pengilangan Baik) bagi pengusaha tempatan penyelidik.Pusat Biotek Herba Raub, kini menjadi pilihan utama bagi pengeluaran produk kesihatan dan nutraseutikal berasaskan herba yang bernilai tinggi dengan menepati piawaian antarabangsa.           [Sumber : Blog TPM Biotech RAUB]

Bioskill (STCA-Specific Training in Critical Areas) Program yang di jalankan di Pusat Biotek Herba Raub dalam pengkhususan "Herbal Plant Extraction and Production" ini merupakan kali pertama dan mempunyai 10 orang Peserta Terpilih untuk mejalani latihan intensif selama 3 bulan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...