Cerita di Sebalik Aliran Elektrik TPM Raub

| 18 June 2011 | |
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Jika di barat mereka bangga dengan superman, batman dan sebagainya…
Di jepun pula ada ultraman…
Kami di TPM Raub ada Boilerman dan Chargeman…
Boilerman kami dalam bentuk manusia adalah Mr Azman Tawang…
Chargeman pula adalah Mr Jamal…
Dan hari ni ak nak bercerita mengenai Chargeman yang menjaga bekalan elektrik di TPM Raub…

Macam ak cerita tadi…
Chargeman kami dalam bentuk manusia adalah Mr Jamal dan setiap kali dia menyentuh panel punch card…
HENSHIN…
Dia pun berubah menjadi chargeman yang berkuasa mengurus tadbir hal ehwal bekalan elektrik di sini…

Macam mana sistem tenaga elektrik di TPM Raub berfungsi???
Tenaga elektrik di sini mengikut aturan…
TNB mengalirkan tenaga sebanyak 11KV dan transformers menukarkan tenaga itu kepada 415V dan ini juga dikenali sebagai 3phase…
TPM Raub menggunakan 3 Phase untuk menjana kuasa di kilang dan kawasan sekitar…
3 phase dapat menukarkan tenaga ke 240V (single phase) untuk tempat2 yang perlukan voltan rendah…
p.s: 240V adalah standard yang digunakan untuk setiap rumah biasa di Malaysia…

apa itu sebenarnya 3 phase dan single phase??? (maklumat tambahan)
3 phase dapat menyalurkan voltan yang tinggi iaitu 415V dan kegunaan kilang…
(3 phase kerana ada 3 wayar hidup = merah + Kuning + biru) dan neutral + earth
Single phase pula untuk kegunaan rumah iaitu dapat mengalirkan voltan sebanyak 240V…
(single phase kerana ada 1 wayar hidup) dan neutral + earth
Tapi, 3 phase juga dapat menghasilkan voltan 240V jika salah satu wayar phase disambung kepada wayar neutral…
Dan menghasilkan voltan 415V jika wayar phase disambung kepada wayar phase yang lain…

Bagaimana TNB kehabisan tenaga elektrik???
Jika TNB ada kerosakan dan tidak dapat mengalirkan elektrik…
Secara ajaib dan automatiknya generator akan berfungsi…
Generator ini menggunakan diesel dan dapat menghasilkan sehingga 500KW kuasa…

Setelah mendapat tenaga… bak batman yang dipenuhi peralatan untuk membantu dia memerangi musuh di Bandar gotham…
Chargeman pula memastikan keamanan TPM Raub dengan memastikan aliran elektrik dibahagikan kepada setiap peralatan elektrik dengan menggunakan distributor box (DB)… x kira sekecil2 alatan sehingga sebesar2 mesin…
Jadi setiap kali kamu (fokus kepada pengguna elektrik tegar TPM Raub terutama Trainee STCA) memanas air… memasak nasi… menggunakan komputer… memasang air cond… dan sebagainya…
Ingatlah kepada Mr Jamal… Chargeman TPM Raub yang setiap hari merisikokan diri demi memastikan aliran elektrik sentiasa sampai kepada kamu…
Lalu setiap kali habis waktu bekerja… chargeman bertukar kembali kepada Mr Jamal yang low profile tapi berjasa besar…

Apa2 pun… jumpa lagi

1 comments:

serimelor88 Says:
July 8, 2011 at 3:17 PM

pak..aku mau ini sbg report aku ya pak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...