STCA HERBS, GMP dan HACCP.

| 07 July 2011 | |
28-30 June 2011.
Pada minggu ini STCA HERBS di dedahkan dengan latihan Good Manufacturing Practices (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) di Pusat Bioteknologi Herba, TPM Biotech Raub, Pahang.
GMP di sini lebih kepada tempat pemprosesan kapsul herba untuk kegunaan kesihatan secara tradisionalnya (Oleh kerana tiada kajian saintifik bagi herba tersebut untuk di jadikan testimonial kukuh.)
Di kawasan GMP memerlukan penjagaan dan pengendalian menurut kriteria-kriteria yang di tentukan, Contohnya, untuk memasuki kawasan GMP diperlukan untuk memakai 'gowning' iaitu bagi lelaki kena pakai penutup kepala, sarung tangan getah, face-mask, pakaian khas dan penutup kaki/kasut yang disediakan.
Bagi mendedahkan diri kepada GMP, Pelatih STCA HERBS kali ini terlibat dengan cara pembungkusan dan pengendalian mesin printing dan packaging. Produk yang STCA HERBS bantu ialah Produk 'GANU KITER', Raza BioHerbs Enterprise, Jertih, Terengganu iaitu Kapsul TefH 5 yang mengandungi 5 herba yang berkualiti seperti Tongkat Ali, Herba Haji Samad, Ubi Jaga.

HACCP mula di perkenalkan oleh NASA untuk makanan para angkasawan kemudian di adaptasi oleh seluruh dunia.
Bagi HACCP pula STCA HERBS di dedahkan dengan cara pemprosesan 'Instant Drink' bermula dari campuran bahan, bagaimana proses pembungkusan berlaku dan seterusnya menyusun untuk di masukkan ke dalam kotak. Produk di Kawasan HACCP ialah Kopi Bara, mengandungi herba Tongkat Ali, Mahkota Dewa dan TemuLawak. 

Jadi STCA HERBS di Pusat Bioteknologi Herba TPM Biotech Raub amat bertuah sekali kerana di dedahkan secara Teori dan sesetengahnya Praktikal bagi ISO, GMP dan HACCP. Harga untuk setiap Kursus di alam sebenar agak mahal kerana memerlukan Consultant dan Pakar berkaitan.

Nota : Jika lihat pada Produk di pasaran,  di samping lihat tanda HALAL, cuba lihat Logo GMP / HACCP / ISO , bermakna Produk itu boleh di yakini la... Jika ada semua LOGO, Produk tersebut boleh di kagumi la...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...