Logo STCA HERBS (dan Flash Animation)

| 27 June 2011 | 1 comments |
Setelah hampir seminggu memerah otak yang tak berapa cair ni.. Siap juga design untuk Logo STCA HERBS PIONEERS  : Pusat Biotek Herba TPM Raub ni.. Sekali dengan Flash Animation lagi yang di hasilkan pagi tadi sambil mendengar HACCP and GMP Processes Flow dari Cik Azreen. (Maaf yer.. saya dengar dalam kelas tu walaupun tak brapa fokus ;-P)

Logo STCA HERBS versi Flash Animation
(Maybe akan di gunakan dalam Video Montage STCA HERBS)
Logo STCA HERBS versi Static...
(Boleh tak guna dalam report? tapi akan nampak tak brapa official lak.. Guna dalam presentation nanti la kot..)

Nota : Walaupun masa latihan Bioskill STCA di Pusat Biotek Herba TPM Raub hanya ada lebih kurang satu bulan lagi, tapi Kami sebagai STCA HERBS PIONEERS kenalah tinggalkan jejak supaya menjadi sebagai BASELINE untuk generasi akan datang. (<<<-----Dengan muka agak serius~)

Misi Extract Minyak Serai Wangi di Pusat Biotek Herba

| 22 June 2011 | 0 comments |
Misi Bioskill STCA TPM Raub (Pusat Biotek Herba) kali ini adalah untuk mengekstrak Minyak Pati Serai Wangi. Bermula dari Proses menuai hinggalah ke proses mendapatkan Minyak Pati tu.

Nota : Dengan menjalani latihan di sini, kami dapat tahu lah di sebalik pemprosesan sesetengah produk di pasaran seperti Produk Serai wangi, Instant Coffee, Instant Chocolate drink, Produk Tongkat Ali dan capsule herba serta produk herba di pasaran.

p/s: Di Pusat Biotek Herba, Raub ni agak 'Restricted Area' untuk bergambar. Jadi, sesetengah gambar tak dapat di 'publish' bagi menghormati peraturan Pusat dan hanya untuk simpanan peribadi serta perbentangan BiotechCorp/TPM Biotech.


Cerita di Sebalik Aliran Elektrik TPM Raub

| 18 June 2011 | 1 comments |
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Jika di barat mereka bangga dengan superman, batman dan sebagainya…
Di jepun pula ada ultraman…
Kami di TPM Raub ada Boilerman dan Chargeman…
Boilerman kami dalam bentuk manusia adalah Mr Azman Tawang…
Chargeman pula adalah Mr Jamal…
Dan hari ni ak nak bercerita mengenai Chargeman yang menjaga bekalan elektrik di TPM Raub…

Macam ak cerita tadi…
Chargeman kami dalam bentuk manusia adalah Mr Jamal dan setiap kali dia menyentuh panel punch card…
HENSHIN…
Dia pun berubah menjadi chargeman yang berkuasa mengurus tadbir hal ehwal bekalan elektrik di sini…

Macam mana sistem tenaga elektrik di TPM Raub berfungsi???
Tenaga elektrik di sini mengikut aturan…
TNB mengalirkan tenaga sebanyak 11KV dan transformers menukarkan tenaga itu kepada 415V dan ini juga dikenali sebagai 3phase…
TPM Raub menggunakan 3 Phase untuk menjana kuasa di kilang dan kawasan sekitar…
3 phase dapat menukarkan tenaga ke 240V (single phase) untuk tempat2 yang perlukan voltan rendah…
p.s: 240V adalah standard yang digunakan untuk setiap rumah biasa di Malaysia…

apa itu sebenarnya 3 phase dan single phase??? (maklumat tambahan)
3 phase dapat menyalurkan voltan yang tinggi iaitu 415V dan kegunaan kilang…
(3 phase kerana ada 3 wayar hidup = merah + Kuning + biru) dan neutral + earth
Single phase pula untuk kegunaan rumah iaitu dapat mengalirkan voltan sebanyak 240V…
(single phase kerana ada 1 wayar hidup) dan neutral + earth
Tapi, 3 phase juga dapat menghasilkan voltan 240V jika salah satu wayar phase disambung kepada wayar neutral…
Dan menghasilkan voltan 415V jika wayar phase disambung kepada wayar phase yang lain…

Bagaimana TNB kehabisan tenaga elektrik???
Jika TNB ada kerosakan dan tidak dapat mengalirkan elektrik…
Secara ajaib dan automatiknya generator akan berfungsi…
Generator ini menggunakan diesel dan dapat menghasilkan sehingga 500KW kuasa…

Setelah mendapat tenaga… bak batman yang dipenuhi peralatan untuk membantu dia memerangi musuh di Bandar gotham…
Chargeman pula memastikan keamanan TPM Raub dengan memastikan aliran elektrik dibahagikan kepada setiap peralatan elektrik dengan menggunakan distributor box (DB)… x kira sekecil2 alatan sehingga sebesar2 mesin…
Jadi setiap kali kamu (fokus kepada pengguna elektrik tegar TPM Raub terutama Trainee STCA) memanas air… memasak nasi… menggunakan komputer… memasang air cond… dan sebagainya…
Ingatlah kepada Mr Jamal… Chargeman TPM Raub yang setiap hari merisikokan diri demi memastikan aliran elektrik sentiasa sampai kepada kamu…
Lalu setiap kali habis waktu bekerja… chargeman bertukar kembali kepada Mr Jamal yang low profile tapi berjasa besar…

Apa2 pun… jumpa lagi

Tazkirah Hari Jumaat

| 17 June 2011 | 2 comments |
assalamualaikum dan salam sejahtera...
jumaat adalah penghulu segala hari...
hari yang baik...
kami di STCA bukan sahaja didedahkan dengan ilmu2 dunia...
tetapi ilmu2 berkaitan agama, ukhrawi dan yang berkaitan dengannya...
biasanya pada hari Jumaat dan dipengerusi oleh Mr Hassan...
macam hari ni...
banyak topik yang kami bincang...
banyaknya pasal dinar emas...
kenapa zaman kemuncak tamadun islam kita guna dinar emas...
dan kenapa zaman sekarang dinar emas diganti dengan wang kertas yang x bernilai...
dan kemungkinan zaman dinar emas akan kembali lagi... cepat2 lah beli dinar emas...

mengenai emas...
kenapa laki2 tidak dibenarkan memakai emas???
kenapa perempuan dibenarkan memakai emas???
ada satu kajian mengatakan bahawa badan kita akan menyerap emas...
dan emas (Aurum) adalah logam berat dan jika ia berkumpul dalam badan...
akan menyebabkan komplikasi... tetapi perempuan dilengkapi oleh satu sistem detoksifikasi...
iaitu haid... aurum akan dikeluarkan bersama darah haid...
laki2???
laki2 mana ada darah haid...

Mr Hassan ada juga menerangkan pasal ijazah...
apa itu ijazah yang sebenarnya???
ijazah adalah satu pemberian ilmu terus dari guru...
ilmu dari guru itu diperolehi dari guru kepada guru kita itu dan aliran ini akan terus berlaku sehingga akhirnya...
Rasulullah... macam sanad2 perawi hadis la...

kami juga banyak berbincang mengenai islam...
mengenai kita yang banyak ditipu oleh yahudi...
pasal soya... kopi... kambing... organ dalaman...
soya yang tidak diperam (fermented) sangat bahaya kerana ada kesan sampingan yang bahaya...
kopi sangat bagus tapi kita disarankan mengelak meminum air ini...
kambing adalah binatang yang mempunyai kadar kolesterol yang rendah tapi kita ditipu oleh yahudi yang mengatakan kambing penyebab darah tinggi...
bagi orang yang tidak cukup darah (anaemia) kita disarankan memakan hati tapi adalah korang tahu yang hati tempat berkumpulnya toksin dan boleh menyebabkan gout dan pelbagai komplikasi lain...

dan Mr Hassan menyuruh kami membaca satu artikel merenung segala isinya...
korang bacalah...

bacalah... itu pesanan Mr Hassan...

apa2 pun... jumpa lagi...

Boiler....

| | 0 comments |
Assalamualaikum kawan-kawan,


Boiler....tu dalam Bahasa Inggeris .....dalam bahasa Melayu Boiler dikenali sebagai Dandang
....hehehe... tu saje.

Mesin Penjerang Air (Boiler)

| 15 June 2011 | 1 comments |
assalamualaikum dan salam sejahtera...
minggu ni kamiorang belajar pasal boiler...
lebih kurang macam tajuk iqbal lak ek...
ah... lantak la... hihik...tengah bosan ni... baik menulis sikit...

Apa itu Boiler???
mengikut kata2 saudara yen... boiler adalah satu alat untuk mendidihkan air... macam cerek atau heater...
untuk boiler (diesel)... hanya boilerman saja leh urus tadbir benda alah ni...
kalau orang lain buat... kalau salah buat... boleh menyebabkan letupan yang sangat kuat... dengar kata...
kalau boiler dekat TPM Raub fasa II ni meletup... besi boiler tu leh terbang bak superman sampai ke jalan besar... dalam 1KM... huhu...

Apa guna Boiler ni???
macam aku cakap... boiler ni tuk jerang air...
tapi dalam kuantiti yang besar la...
kiranya kalau ada kenduri kendara ke... kitorang masak air guna boiler la... (ok... ni ak tipu jek)...
air akan dijerang sampai jadi wap...
(kalau kat rumah kompom kena marah dengan mak ak... "per ni... masak air sampai kering???"... antara ayat2 yang akan keluar)...
dan wap tu akan digunakan untuk menjalankan proses yang memerlukan kepanasan...
seperti extraction dan sebagainya...
(wap ni panas seh... ak tersentuh palang besi untuk alirkan wap dan dengan ayu serta slow motionnya ak tersebut.... "ooooo....uuuu....ccchhhh)...
dan kuasa wap air dalam boiler ni sangat kuat...
boleh menyebabkan kematian kepada orang2 yang terlibat...
kalau korang nak tahu dengan lebih jelas macam mana akibat dia...
cuba cari dalam video MythBuster... episod yang diorang runtuhkan rumah guna pemanas air tu...
lebih kurang macam tu la akibatnya...

ni dari pengaruh En Hassan...
kalau tengok suhu wap air pun dah sepanas ni...
cuba bayangkan suhu api neraka...
api yang telah dibakar beribu2 tahun sampai jadi hitam...
insaflah...

apa2 pun... jumpa lagi...

p.s: hanya terfikir... kalau masak megi guna wap dari boiler... agak2 berapa kembang megi tu akan jadi ek... lepas tu... ak terpikir kalau boleh buat boiler saiz mini... leh wat ikan kukus, nasi kukus, dan apa2 yang kukus dengan legi mudah x???... hanya terpikir jek... abaikan

Boil..Boiler...Boiling...

| | 0 comments |
Internship di Pusat Biotek Herba di bawah Bioskill STCA (Specific Training on Critical Area) memang betul-betul specific. Hari ni pelatih STCA di dedahkan posisi BoilerMan. Tau kan Boiler kan? Boiler tu maksudnya ‘Boil’; Didihkan air untuk mendapatkan Steam/Wap untuk memanaskan sesetengah mesin dalam Produksi. Secara tak langsung, AIR sebagai medium untuk memberi tenaga (walaupun asasnya guna Sumber Elektrik atau diesel)



Kenapa perlu guna wap panas berbanding dengan air panas untuk memanaskan mesin?

Sedikit info di ‘Google’ed dan mengikut logikalnya.. Wap air terbentuk apabila ada suhu tinggi. Jadi, wap air sendiri mempunyai suhu sama dengan air. Apa yang membezakannya, molekul wap air lebih ringan dari cecair dan bergerak lebih laju. Jadi, masa untuk memanaskan lebih cepat dan mungkin dapat di jimatkan.

Bayangkan, 1 Liter Air dan 1 Liter Wap air, sudah tentu kawasan Wap air yang membawa suhu tu lebih meluas kawasan yang bagi kesan panas.

Okay! Baca Kesimpulannya dah la~: Kerja sebagai ‘Boilerman’ amat berisiko tinggi dan menentukan perjalanan sesuatu kilang (yang ada guna Boiler; terutamanya menggunakan Diesel sebagai Bahan bakar).


p/s: Semua boleh ‘BoilerMan atau BoilerWomen’ Amateur; amik cerek, masuk air dan tekan suis. Nak jadi ‘BoilerMan’ betul kena ada Sijil daripada DOSH (Department of Occupational, Safety and Health)

p/p/s: angin arini sangat kuat, sekarang dah reda dah, mungkin angin lintang atau something, tapi angin kuat ni boleh mengeluarkan bunyi menyeramkan bila lalu celah-celah tingkap. Macam cerek dulu-dulu yang berbunyi bila air panas tu…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...